Teh Daun Tin — Bukan Untuk Semua Orang
Secawan teh daun tin dengan wap halus

Teh Daun Tin

Untuk mereka yang penat hidup terlalu laju.
dan sedar mereka perlukan ruang, bukan motivasi.

Kalau hidup terasa sentiasa dikejar, mesej tak habis,
fikiran tak berhenti, badan sentiasa tegang.
Ini mungkin ruang yang anda cari.

Teh Daun Tin ini bukan untuk mengubah hidup anda.
Ia disediakan untuk memberhentikan hidup seketika.
Supaya anda boleh kembali dengan kepala yang lebih jujur.

Miliki Ruang Untuk Diri Anda

Kami Suka Berterus Terang

Ini Bukan Untuk Semua Orang

Kami tak menjual keajaiban.
Kami tak berjanji penyembuhan.
Kami tak bermain dengan harapan orang yang sedang rapuh.

Jika anda mencari sesuatu yang cepat, murah, atau sensasi, ini bukan pilihan anda.

Teh ini disediakan untuk mereka yang ..

  • penat berpura-pura kuat
  • penat mengejar versi hidup orang lain
  • mahu kembali tenang tanpa perlu menjelaskan apa-apa

Kalau selepas membaca ini anda masih ragu, tak mengapa. Ini memang bukan untuk semua orang.

Daun tin kering yang dipilih dengan teliti

Pilihan Sedar

Kenapa Daun Tin

Daun tin dipilih bukan kerana popular.
Tetapi kerana sifatnya yang sederhana.

Ia tidak memaksa.
Ia tidak mendesak.
Ia mengajak tubuh dan minda untuk turun perlahan.

Bukan untuk lari dari kehidupan.
tetapi untuk kembali hidup dengan lebih jujur.

Dari Kebun Sendiri

Proses Kami

Kami percaya ketenangan bermula dari proses.

01

Ditanam Sendiri

Pokok tin ditanam di dalam greenhouse dengan penjagaan rapi

02

Dipilih Satu Per Satu

Daun matang dipilih dengan tangan, satu per satu

03

Dikeringkan Natural

Dikeringkan secara natural, tanpa tergesa

04

Kelompok Kecil

Dibungkus dalam kelompok kecil, bukan untuk memenuhi rak

Dari Kebun Sendiri

"Sebagai profesional farmer, saya melihatnya sebagai karya alam,
dimana kualiti tidak boleh dipaksa.
Dipetik dengan tangan ketika profile aromanya berada di musim puncak.
Ia adalah kesenian yang tidak boleh diletak pada rak pasaraya."

Ritual

Cara Menikmati

Ini cadangan, bukan peraturan.

🌙

Minum selepas urusan settle down

📱

Atau sebelum anda tutup telefon

🏠

Atau bila rumah sudah senyap

Bancuh perlahan.
Duduk.
Tarik nafas.

Kalau 10 minit itu terasa cukup. Itu tanda anda berada di tempat yang betul.

Momen tenang menikmati teh daun tin pada waktu malam

Pengalaman

Apa Yang Biasanya Dirasai

Kami tak menjanjikan apa-apa.

Ada yang kata badan lebih relaxs.

Ada yang kata tidurnya lebih lena.

Ada yang rasa fikiran kurang serabut.

Ada yang cuma berkata..

"Sekurang-kurangnya aku boleh bernafas."

Itu sahaja yang kami sediakan — ruang.

Untuk Anda

Siapa Yang Sesuai

  • Mereka yang menghargai proses
  • Mereka yang memilih perlahan
  • Mereka yang jaga diri tanpa menunjuk

If its too hot to hold then its too hot to drink.
Tahukah anda cawan yang ada pada teh cina tak pernah ada pemegang?
It's simply teach us a patience.
We can't rush or our finger get burn.
We have to wait for the right moment to sip it.
Kita selalu tergesa-gesa menambah sesuatu yang tidak perlu di dalam kehidupan.
Hanya sedikit kesabaran sahaja, semuanya selesai dengan tenang.

Siapa Kami

Tentang Kami

Bukan Kilang

Setiap pek disediakan seperti menyediakan sesuatu untuk diri sendiri.

Bukan Jenama Besar

Kami hanya penjaga proses dengan tangan yang sama.

Niat Yang Sama

Menyediakan ruang untuk hidup yang lebih tenang.

Teh Daun Tin ini datang dari kebun sendiri, dari tangan yang sama, dengan niat yang sama.

🛡️ Jaminan Kualiti Fizikal

Disclaimer

Kami tidak menjanjikan keajaiban dan kami tidak berkongsi harapan palsu.
Teh Daun Tin ini disediakan sebagai ruang untuk berhenti seketika, bukan sebagai ubat atau solusi segera.

Jika produk yang anda terima..

🚫 Rosak ketika penghantaran
🚫 Tidak menepati kualiti yang kami nyatakan

         💯 Kami akan gantikan tanpa soal kerana kualiti adalah tanggungjawab kami.

Jika anda bersedia untuk memperlahankan hidup,
Teh ini mungkin untuk anda.

Bukan kerana rasanya.
Tetapi kerana masa yang anda benarkan untuk diri sendiri.
Bukan untuk semua orang. Tapi tepat untuk mereka yang perlu berhenti seketika.

Dapatkan Ruang Anda

Pilihan Ruang Anda

Best Value
pakej 2

Ruang Penuh

RM39
  • 20 sachet premium
  • 1 bulan amalan harian
  • Free Postage
  • Amalan harian yang menyokong gaya hidup sihat dan tenang
Miliki Ruang Penuh RM39
Payment FORM COD/FPX/QR


Scroll to Top