Buah Tin, Buah Sunnah, Khasiat Superb!

Siapa je tak kenal buah tin? Buah yang disebut dalam Al-Quran ni memang dah lama dikenali sebagai makanan sunnah yang kaya manfaat.

 

Tapi ramai tak tahu, bukan buah dia je best, daun pokok tin pun power gila kalau dibuat teh!

 

Dalam artikel ni, kita akan kupas sikit pasal buah tin — dari sejarah, khasiat, cara makan, sampai ke potensi daun dia yang boleh bantu kesihatan secara semula jadi. Jom layan!

 

 

buah tin 1
Sumber : Alo Dokter

 

Apa Itu Buah Tin Sebenarnya?

Buah tin atau nama saintifiknya Ficus carica, berasal dari kawasan Timur Tengah dan Mediterranean.

 

 

Dalam Islam, buah ni dimuliakan sampai disebut khas dalam Surah At-Tin. Fuh, bukan calang-calang!

 

 

Rasa dia? Manis semula jadi, lembut, dan berbiji halus. Buah ni boleh dimakan fresh atau dikeringkan, dua-dua sedap dan yang paling best, khasiat dia memang padu.

 

buah tin

Sejarah Buah Tin Dalam Islam

Buah tin ni bukan sekadar buah eksotik. Dalam Surah At-Tin ayat pertama, Allah bersumpah dengan buah ni: “Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun”.

 

Bayangkan betapa besarnya nilai buah ni dalam Islam.

 

Sesuatu yang tidak boleh dinafikan atau hikmah yang terjangkau oleh fikiran logik manusia mahupun sebarang kajian saintifik.

 

Ada juga kisah-kisah yang tidak popular tetapi amat menarik untuk diambil perhatian terutamanya pada golongan yang berugama Islam

 

Ya! Tak lain dan tidak bukan ialah khasiat ghaib berkenaan penggunaannya sebagai penawar sihir.

 

Diriwayatkan juga bahawa buah tin adalah salah satu buah yang Nabi SAW makan dan sebut sebagai buah dari syurga. Sebab tu banyak orang letak buah ni dalam kategori makanan sunnah.

 

 

buah tin dan sihir 2

 

Khasiat Utama Buah Tin

Tinggi Antioksidan

Buah tin kaya dengan polifenol & flavonoid yang bantu lawan radikal bebas. Elok untuk awet muda dan cegah penyakit kronik.

 

 

Baik Untuk Penghadaman

Ada banyak serat. Kalau korang jenis susah nak “membuang”, cuba makan buah tin 2-3 biji sehari. Memang surr derr.

 

 

Kawal Gula Dalam Darah

Walaupun manis, indeks glisemik dia rendah. Bagus untuk pesakit diabetes kalau makan berpada-pada.

 

 

Bantu Turunkan Berat Badan

Serat tinggi = cepat rasa kenyang. Ganti snek jajan dengan buah tin kering, kenyang lama, tak naik berat.

 

 

Bagus Untuk Jantung

Mengandungi potassium yang bantu stabilkan tekanan darah dan kurangkan risiko penyakit jantung.

 

 

buah tin 3
Sumber : M Niaga

 

Kandungan Nutrisi Buah Tin (Setiap 100g buah segar)

  • Kalori: ±74 kcal
  • Karbohidrat: ±19g
  • Serat: ±3g
  • Vitamin A, B1, B2, B6, K
  • Kalsium, Magnesium, Potassium, Zat Besi
  • Antioksidan: Polyphenol, flavonoid

 

Gabungan nutrisi ni sangat sesuai untuk sokong sistem imun, kesihatan tulang, dan kestabilan hormon.

 

 

Dari Buah ke Daun, Rahsia Seterusnya Teh Daun Tin!

Ramai fokus pada buah je, tapi tahu tak daun pokok tin pun banyak manfaat?

 

Daun dia boleh dikeringkan dan dijadikan serbuk untuk dijadikan teh herba. Teh daun tin ni boleh;

  • Bantu kawal gula dalam darah
  • Bagus untuk perut & usus
  • Tinggi antioksidan semula jadi
  • Ada kesan relaksasi, bantu kurangkan stress

 

Dan yang paling bagus, teh ni tak ada kafein! Minum siang atau malam pun tak kacau tidur.

 

nutrisi daun tin 

 

Kandungan Nutrisi Dalam Daun Tin

Daun pokok tin bukan sahaja wangi bila dijadikan teh, tapi juga penuh khasiat! Antara nutrisi yang terkandung dalam daun tin termasuklah;

  • Polifenol & flavonoid – antioksidan semula jadi bantu lindungi sel dari kerosakan.
  • Kalsium & magnesium – penting untuk kesihatan tulang dan kawalan tekanan darah.
  • Potassium – bantu seimbangkan cecair badan dan kawal degupan jantung.
  • Vitamin A & C – tingkatkan sistem imun dan baik untuk kulit.
  • Serat larut – bantu kawal paras gula dan kolesterol dalam darah.

 

 

Gabungan nutrien ini menjadikan teh daun tin sebagai minuman harian yang bukan sahaja menyegarkan, tapi juga menyokong kesihatan tubuh secara holistic dari penghadaman, tekanan darah, gula darah, hingga ke keseimbangan hormon.

 

Cara Minum Teh Daun Tin

Senang je;

  1. Ambil 1 sachet teh daun tin.
  2. Rendam dalam air panas 200ml selama 3-5 minit.
  3. Siap! Boleh tambah madu atau hirisan lemon kalau suka.

 

Nak lebih best, cuba versi perisa buah yang sedap macam strawberi, lemon atau beri yang dah di-coat siap-siap dalam sachet teh tu.

 

 

Kalau nak cuba versi premium teh daun tin yang kami hasilkan sendiri dari ladang ke cawan klik sini;
👉 tehdauntin.my

 

 

teh daun tin 1

 

Buah Tin VS Teh Daun Tin, Mana Lagi Padu?

Sebenarnya dua-dua pun power, tapi dari segi praktikal;

  • Buah tin sedap dimakan terus atau kering, bagus untuk kudapan sihat.
  • Teh daun tin pula sesuai untuk diamalkan setiap hari, bantu kawal gula, tekanan darah dan sistem penghadaman.

 

Kalau dua-dua amal sekaligus, memang kombo kesihatan yang mantap lah ceritanya!

 

Amalkan Buah Sunnah, Gaya Hidup Sihat

Buah tin memang makanan sunnah yang terbukti berkhasiat dan kalau nak manfaat penuh dari pokok tin cuba juga teh daun dia!

 

Jangan lupa share artikel ni dengan kawan-kawan korang yang tengah cari ikhtiar kesihatan secara semula jadi.

 

Mana tahu, teh daun tin ni boleh jadi rutin harian baru korang.

 

Comments are closed.

Scroll to Top