Pokok Buah Tin – Tanaman Rare Tapi Power Gila Khasiatnya!
Kalau sebut pasal pokok tin, ramai dah mula kenal tapi tak ramai betul-betul tahu betapa power dan bernilainya pokok ni.
Pokok tin ni bukan je disebut dalam Al-Quran, malah setiap bahagian pokok tin dari akar, batang, daun hingga ke buah, sarat dengan manfaat kesihatan.
Nak tahu kenapa semakin ramai minat tanam pokok tin di rumah, kebun, atau greenhouse? Jom kita kupas rahsianya!

Apa Itu Pokok Tin?
Asalnya dari kawasan Mediterranean seperti Turki, Iran, dan Mesir, pokok tin (Ficus carica) kini sudah banyak ditanam di Malaysia kerana cuaca kita yang panas sesuai untuk pertumbuhannya.
Yang menarik, pokok ini fleksibel — boleh ditanam dalam pasu, di tanah terbuka, atau di dalam greenhouse.
Baca juga : Khasiat Daun Tin Untuk Yang Susah Tidur & Kadar Stress Tinggi
Jenis-Jenis Pokok Buah Tin Popular
Dalam dunia pokok tin, ada banyak jenis. Tapi kat Malaysia, antara yang famous:
- Brown Turkey – buah besar, manis, warna gelap
- Green Jordan – buah hijau, tekstur lembut
- Black Mission – manis sangat, sesuai makan fresh
- Masui Dauphine – rajin berbuah, saiz besar
-
Taiwan Golden Fig – Sesuai untuk pemula kerana tahan lasak dan cepat berbuah
-
Purple Jordan – Buahnya berwarna ungu, dan juga sesuai untuk iklim Malaysia
-
LSU Gold/Purple – LSU Gold mempunyai kulit berwarna kuning, manakala LSU Purple mempunyai kulit berwarna ungu
-
Conadria –Kulitnya hijau kekuningan, isi merah jambu, dan pokoknya sederhana besar serta tahan panas
-
Violette de Bordeaux – Kulitnya hitam gelap, isinya merah pekat, dan pokoknya bersaiz kecil, sesuai untuk pasu.
Selain itu, terdapat juga jenis seperti “Bo Ji Hong”, “Excel”, “Iraqi”, “Conadria”, “BBR”, “BNR”, dan “Albanian Yellow”.
Penting untuk mengetahui bahawa beberapa jenis memerlukan pendebungaan untuk menghasilkan buah, seperti jenis Capri/Smyrna
Setiap jenis ni ada kelebihan dia sendiri — bergantung pada tujuan nak tanam.
Nak buat teh? Nak makan fresh? Nak jual buah? Semua boleh!
Tak boleh buat kayu sugi! Nanti melecur bibir kena getah dia!

Cara Tanam Pokok Buah Tin (Senang Je!)
Ramai rasa tanam pokok buah tin ni susah, tapi sebenarnya tak pun. Ni basic step
Pilih Medium Tanah Yang Sesuai
- Campuran tanah + cocopeat + pasir sungai
- Pastikan ada saliran air elok, sebab pokok ni tak suka tanah yang boleh bertakung
Letak di kawasan yang panas
Pokok ini memerlukan cahaya penuh (full sun). Kalau tanam dalam pasu, pastikan dia dapat matahari sekurang-kurangnya 6 jam sehari.
Siram & Prihatin
- Cahaya matahari – Minimum 6 jam sehari, lebih lama lebih baik.
- Siram dengan bijak – Siram bila medium hampir kering. Elakkan overwatering.
- Baja Secara berkala – Baja organik atau foliar seminggu sekali untuk kesihatan pokok.

Khasiat Buah & Daun Pokok Tin
Ha, ini part paling best! Pokok ini ni bukan je cantik dan rare, tapi memang sarat dengan khasiat
🌿 Daun Pokok Tin
- Boleh dijadikan teh daun tin (baik untuk kencing manis, darah tinggi)
- Ada sifat antioksidan & anti-radang
- Bantu kawal kolesterol & gula darah
- Ini link penjelasan detail mengenainya
🍓 Buah Pokok Tin
- Kaya serat, bantu penghadaman
- Ada mineral penting macam kalsium, zat besi, magnesium
- Rendah kalori, sesuai untuk diet
Pokok Tin Ni Sesuai Untuk Siapa?
✔️ Orang yang minat berkebun
✔️ Nak buat hobi berfaedah
✔️ Usahawan yang cari produk herba unik
✔️ Orang yang jaga kesihatan semula jadi
✔️ Family yang nak makanan sihat dari kebun sendiri

Produk Berasaskan Pokok Tin
Kalau kau tanam pokok ni, bukan setakat buah je kau boleh guna. Daun dia pun laku keras sekarang! Contoh produk:
- Teh daun tin – untuk minum kesihatan
- Daun kering – untuk dijual kepada pengusaha teh/herba
- Serbuk daun tin – mudah digunakan & ada aroma khas untuk masakan
- Buah tin kering – pasaran premium & eksport.
Pokok Buah Tin, Tanaman Yang Merentasi Tamadun
Dari kisah Al-Quran hingga dapur moden, pokok tin kekal sebagai tanaman yang sarat manfaat, mudah dijaga, dan bernilai tinggi.
Kalau anda tengah cari pokok untuk tanam yang ada nilai, senang jaga dan ada potensi buat duit — pokok tin ni memang pilihan padu!
Nak tahu lebih banyak tentang teh daun tin dari ladang kami? Klik sini 👉 tehdauntin.my/rahsia
Comments are closed.